Selasa, 14 Mei 2013

NUTRISI (2)

PELAWAS

1.  fungsi:

  • mempunyai kebolehan menyimpan air yang tinggi.
  • membentuk kandungan usus.
  • membantu peristalsis dalam salur alimentari.
  • membantu penyahtinjaan.
  • menurunkan kandungan kolestrol dalam darah untuk membantu  menghalang penyakit jantung.

2.   tiada nilai nutrisi.

3.   kekurangan memakan makanan pelawas mengakibat:

  • sembelit
  • penyakit usus.

AIR

fungsi:

  • sebagai pelarutdan membantu hidrolisis bahan makanan.
  • mengekalkan tekanan osmosis dalam darah ataupun pH.
  • mengawal suhu badan.
  • mengeluarkan bahan buangan yang larut air.contohnya urea, asid laktik, dan mineral melalui kencing atau berpeluh.
  • medium untuk pengangkutan.
  • medium untuk enzim dalam tindak balas biokimia.

PILIHAN GIZI SEIMBANG YANG SESUAI.

              download

ARAS                                                  PENGAMBILAN

LEVEL 1- KARBOHIDRAT               BANYAK

LEVEL 2- VITAMIN                      SEDERHANA BANYAK

LEVEL 3- PROTEIN                      SEDERHANA

LEVEL 4- LEMAK                         SIKIT

 

 

MALNUTRISI

1. malnutrisi bermaksud ‘pemakanan buruk’ akibat kekurangan satu atau lebih kelas makanan yang diperlukan dalam gizi.

 

2. kekurangan dan lebihan protein.

kekurangan protein:-

 

  • marasmus:

-  berlaku dalam kalangan kanak-kanak 9-12 tahun.

-  ciri-ciri: 1. penurunan berat badan secara mendadak.

               2. kulit berkedut.

 

gambar kanak-kanak yang menghadapi penyakit marasmus

 

 

 

  • kwasyiorkor:

-  berlaku dalam kalangan kanak-kanak.

-  ciri-ciri:  1. pembengkakkan di bahagian abdomen.

                2. pertumbuhan terbantut.

                3. kulit berserpih.

                4. otot yang kecil.

                5. rambut yang sedikit.

 

gambar kanak-kanak yang menghadapi penyakit kwasyiorkor.

 

 

 

 

lebihan protein:

  • peningkatan asid urik dalam darah.
  • sakit gout disebabkan oleh penghabluran asid urik pada sendi.
  • membentuk karang ginjal.

 

 

    

sakit gout

 

 

  

 

karang ginjal

 

 

 

lemak berlebihan:

  1. arteriosklerosis- kolestrol yang termendap pada dinding arteri menyebabkan arteri menjadi keras.
  • contoh penyakit:  1. tekanan darah tinggi.

                                  2. penyakit kardiovaskular.

 

 

karbohidrat berlebihan:

  • obesiti.
  • diabetes melitus.

 

 

                           

obesiti

 

 

 

diabetes

4 ulasan:

  1. salam....mohon share notes...boleh x?

    BalasPadam
  2. thanks... means a lot

    BalasPadam
  3. Apa kesan kelebihan pelawas dalam badan kita?

    BalasPadam

Translate

Pengikut