Posts

Showing posts from May, 2012

BAB 4: KOMPOSISI KIMIA DALAM SEL

Image
KOMPOSISI KIMIA DALAM SEL unsur ialah bahan yang terdiri daripada satu jenis atom sahaja yang tidak boleh diuraikan kepada bahan yang lebih ringkas melalui tindak balas kimia. lebih kurang 25 unsur utama yang penting untuk organisma hidup. unsur paling umum yang didapati dalam organisma ialah unsur karbon(C), oksigen(O), hidrogen(H) dan nitrogen(N). unsur ini membentuk 96.3 peratus jumlah jisim badan. unsur lain seperti kalium(Ca), kalium(K), fosforus(P), sulfur(S), natrium(Na), klorin(Cl), magnesium(Mg) dan ferum(Fe) membentuk baki 3.7 peratus. unsur ini wujud dalam kuantiti yang sedikit dalam organisma. sebatian organik ialah sebatian kimia yang mengandungi unsur karbon. contohnya, karbohidrat(CHO), protein(CHON), lipid(CHO) dan asid nukleik. sebatian tidak organik ialah sebatian kimia yang terdiri daripada hidrogen dan oksigen. contohnya, air(H2O). KEPENTINGAN SEBATIAN ORGANIK DALAM SEL 15 peratus protoplasma terdiri daripada protein. unit binaan asas protein ia

BAB 1: PENGENALAN KEPADA BIOLOGI

Image
       - kajian biologi perkataan "biologi" berasal daripada bahasa yunani iaitu "bios" dan "logos". "bios" bermaksud kehidupan dan "logos" bermaksud kajian, maka, biologi bermaksud kajian mengenai kehidupan. biologi mengajar kita mengenai struktur dan fungsi benda hidup atau organisma dan juga menunjukkan kepada kita mengenai interaksi organisma-organisma ini antara satu sama lain dan interaksi organisma dengan persekitarannya.      - kepentingan biologi memahami pelbagai interaksi yang berlaku di sekeliling kita. mengenai sejenis organisma biasanya melibatkan kajian mengenai persekitaran hidup dan interaksi-interaksi organisma tersebut dengan organisma lain. dengan mengkaji organisma hidup, proses hidupnya dan cara-cara proses ini memberi kesan kepada kita, kita akan dapat memahami dengan lebih baik cara-cara badan manusia berfungsi. penyelidikan biologi merupakan aspek yang sangat penting dalam biologi