Loading...

Selasa, 20 Mei 2014

BAB 2: STRUKTUR DAN ORGANISASI SEL

 -  struktur dan fungsi sel

  • organel ialah struktur sel yang terdapat dalam sitoplasma, yang melakukan sesuatu fungsi khusus agar sel dapat berfungsi sebagai satu unit kehidupan.
  • selain nukleus(organel sel yang terbesar), conto-contoh organel lain termasuklah mitokondrion, kloroplas, vakuol, ribosom, lisosom dan jasad golgi.
  • sesetengah organel ini hanya boleh dilihat menerusi mikroskop elektron.




               sel tumbuhan dan sel haiwan seperti yang kelihatan menerusi mikroskop cahaya.



-       KOMPONEN SEL HAIWAN DAN SEL TUMBUHAN 




-  membran sel


  • Membran sel ialah istilah umum yang merujuk kepada semua jenis membran yang terdapat dalam sel.
  • Membran yang terdapat pada permukaan dan meliputi kandungan sel dikenali sebagai membran plasma.
  • membran plasma terdir daripada protein dan fosfolipid.
  • membran plasma membentuk sempadan yang mengasingkan kandungan sel daripada persekitaran luar.
  • membran ini mengawal atur pergerakan bahan ke dalam dan ke luar sel.
  • membra plasma adalah separa telap dan bersifat telap memilih.

- dinding sel
  • dinding sel ialah lapisan luar yang tegar yang mengelilingi membran plasma sel tumbuhan.
  • dinding sel terbina daripada gentian selulosa, iaitu sejenis karbohidrat yang kuat dan tegar.
  • dinding sel bersifat telap terhadap semua jenis bendalir kerana mempunyai liang-liang seni yang membolehkan pergerakan bebas bahan antara bahagian luar dan dalam sel.
  • dinding sel memberikan bentuk yang tetap serta sokongan dan pelindungan kepada sel tumbuhan.
  • dinding sel juga melindungi sel tumbuhan daripada pecah akibat kemasukan air yang banyak.

 - sitoplasma
  • sitoplasma ialah bahagian antara nukleus dan membran plasma yang terdiri daripada bahan seperti jeli,,tempat organel sel terbenam.
  • sitoplasma mengandungi sebatian organik serta sebatian tak organik yang bertindak sebagai medium bagi tindak balas biokimia dalam sel.
  • sitoplasma turut membekalkan organel dengan bahan keperluan yang diperoleh daripada luar sel.

-   nukleus
  • nukleus ialah organel yang besar, tumpat dan membentuk sfera.
  • nukleus dilingkungi oleh membran nukleus.
  • nukleus juga mengandungi nukleoplasma dan struktur sfera gelap yang disebut nukleolus.
  • kromatin ialah keadaan kromosom semasa sei tidak membahagi dan terkandung di dalam nukleuoplasma.
  • kromosom membawa maklumat genetik yang akan menentukan sifat dan fungsi sel.
  • nukleus sangat penting dalam mengawal segala aktiviti sel.
  • sintesis protein adalah dikawal oleh maklumat yang terkandung dalam kromosom.

-  vakuol
  • vakuol ialah kantung berisi cecair yang dikelilingi oleh membran separa  telap yang disebut tonoplas.
  • cecair yang terkandung di dalam vakuol disebut sap sel. 
  • sel tumbuhan yang tipikal mempunyai vakuol bersaiz besar manakala sel tumbuhan muda mempunyai banyak vakuol bersaiz kecil.
  • mikro organisma air tawar seperti paramecium mengandungi vakuol mengecut dan vakuol makanan. 
  • vakuol mengecut terlibat dalam pengawalaturan dan keseimbangan air dalam organisma ini.
  • vakuol makanan pula sebagai tempat simpanan dalam sel.
  • sap sel dalam vakuol mengandungi air, asid organik,gula,asid amino,garam mineral, bahan buangan,pigmen,dan hasil sampingan metabolisme.
  • sap sel juga menyokong tumbuhan herba supaya tidak layu dengan mudah.

-   mitokondrion 
  • mitokondrion jika dilihat menerusi mikroskop elektron akan kelihatan sebagai organel kecil berbentuk sfera atau silinder.
  • mitokondrion terlibat dalam respirasi sel
  • proses ini membebaskan tenaga apabila bahan makanan seperti glukosa dioksidakan  dengan bantuan enzim yang hadir dalam mitokondrion.
  • tenaga yang dibebaskan disimpan dalam bentuk molekul ATP(adenosina trifosfat)dan sedia digunakan oleh sel.

-  ribosom 
  • ribosom merupakan organel berbentuk sfera yang terdapat pada permukaan jalinan endoplasma kasar atau wujud sebagai ribosom bebas dalam sitoplasma.
  • setiap ribosom terdiri daripada asid ribonukleik(RNA) dan protein. 
  • sintesis protein seperti enzim berlaku dalam ribosom.
  • ribosom menggunakan maklumat  yang terkandung dalam kromosom untuk menghasilkan protein.

-  jalinan endoplasma
  • jalinan endoplasma ialah jaringan membran berlipat yang membentuk tubul yang saling berhubungan.
  • membran jalinan endoplasma bersambung secara fizikal dengan membran nukleus.
  • terdapat dua jenis jalinan endoplasma, iaitu jalinan endoplasma kasar dan licin.
  • jalinan endoplasma kasar mempunyai ribosom pada permukaannya manakala jalinan endoplasma licin tidak mempunyai ribosom pada permukaannya.
  • jalinan endoplasma kasar mengangkut protein yang disintesis oleh ribosom.
  • protein yang dirembes keluar daripada jalinan endoplasma kasar dibungkus di dalam vesikel.
  • protein ini kemudian diangkut dari satu bahagian ke bahagian sel yang lain.
  • jalinan endoplasma licin merupakan tapak tindak balas metabolisme yang penting seperti sintesis lipid dan penyahtoksidkan dadah dan racun.

-  jasad golgi


  • jasad golgi terdiri daripada satu timbunan kantung pipih.
  • jasad golgi berfungsi sebagai pusat memproses,membungkus, dan mengangkut bahan seperti karbohidrat, protein, fosfolipid, dan glikoprotein.
  • vesikel angkutan yang membawa hasil seperti protein daripada jalinan endoplasma kasar bergabung dengan membran jasad golgi dan protein masuk ke dalam ruang membran.
  • jasad golgi akan mengasingkan hasil-hasil ini dan membungkusnya ke dalam vesikel rembesan.
  • vesikel rembesan yang mengandungi bahan ini menggenting daripada membran jasad golgi dan menuju ke bahagian sel yang lain atau ke membran plasma.
  • vesikel rembesan kemudian bergabung dengan membran plasma sebelum merembes kandungannya keluar daripada sel.

-  lisosom
  • lisosom ialah kantung bermembran yang mengandungi enzim hidrolisis.
  • enzim ini menguraikan bahan organik yang kompleks seperti protein, lipid, polisakarida dan asid nukleik.
  • lisosom juga menyingkirkan mitokondrion dan organel lain yang rosak supaya organel baharu dapat dihasilkan.
  • lisosom bergabung dengan vakuol makanan untuk merembeskan enzim ke dalam vakuol bagi mencernakan kandungan dalam vakuol.
  • hidrolisis makanan oleh enzim menghasilkan nutrien untuk kegunaan sel.
  • lisosom juga mencernakan bakteria dengan menguraikan dinding sel bakteria.

- sentriol
  • sentriol ialah sepasang struktur silinder kecil yang terletak di luar nukleus.
  • sentriol terdiri daripada susunan mikrotubul yang kompleks.
  • sentriol membentuk gentian gelendong semasa pembahagian sel di dalam sel haiwan.
  • sentriol tidak terdapat dalam sel tumbuhan.

-  kloroplas
  • kloroplas berbentuk bujur.
  • struktur membran dalam kloroplas mengandungi pigmen hijau yang dikenali sebagai klorofil.
  • klorofil menyerap cahaya matahari dan menukarkannya kepada tenaga kimia semasa fotosintesis.
  • klorofil memberikan warna hijau kepada tumbuhan.

2.2-  organisasi sel

proses hidup dalam organisasi unisel
  • organisma unisel ialah organisma kecil dan ringkas yang terdiri daripada satu sel sahaja.
  • apa yang menajubkan ialah organisma ini boleh menjalankan semua fungsi penting dalam satu sel.
  • organisma unisel boleh makan, berespirasi, berkumuh, bergerak, bergerak balas terhadap rangsangan,  membiak dan membesar.
  • bagi organisma unisel, kemandiriannya bergantung pada komponen sel dan organel-organel, kerana tidak mempunyai sebarang organ atau sistem.
  • setiap organisma unisel adalah organisma lengkap yang serupa seperti tumbuhan atau haiwan.
  • contoh organisma unisel ialah amoeba.


-  Amoeba
  • kebanyakan species amoeba ialah organisma yang hidup bebas di dalam air tawar dan tanah lembap.
  • Amoeba dilingkungi oleh membran plasma dan sentiasa berubah bentuk apabila bertemu dengan halangan dan bergerak balas terhadap rangsangan.
  • rangsangan yang kuat seperti larutan berasid atau cahaya terng menyebabkan amoeba berundur.
  • organisma ini bergerak mengunjurkan pseudopodium atau 'kaki palsu' ke suatu arah dan meletak hujung pseupodium pada tanah.
  • psepodium juga diguakan untuk memerangkap mikroorganisma seperti bakteria secara fagositosis bergerak ke arah makanan dengan mengunjurkan pseudopodiumnya.
  • pseudopodium melindungi makanan yang kemudiannya dibungkus dalam vakuol makanan.
  • vakuol makanan bergabung degan lisosom dan makanan dicerna oleh enzim hidrolisis dalam lisosom yang disebut lisozim.
  • nutrien yang terhasil akan diserap ke dalam sitoplasma.
  • pertukaran gas, nutrie, dan bahan buangan berlaku melalui membran plasma secara resapan.
  • oleh sebabamoeba hidup dalam persekitaran air tawar, air akan meresap masuk ke dalam sel amoeba secara osmosis dan mengisi vakuol mengecut.
  • vakuol mengecut terlibat dalam pengosmokawalaturan.
  • setelah mencapai tahap maksimum, vakuol tersebut akan mengecut dan menyingkirkan kandungannya dari masa ke masa.
  • apabila keadaan sesuai, amoeba menjalankan pembiakan aseks iaitu belahan dedua.
  • jika persekitaran tidak sesuai amoeba membentuk spora. 


PENGKHUSUSAN SEL DALAM ORGANISMA MULTISEL




  1. organisma multisel ialah organisma yang mempunyai lebih daripada satu sel.
  2. sebagai contoh, manusia memulakan hayat hidup bermula daripada satu sel tunggal yang disebut zigot, iaitu sel yang terbentuk daripada gamet jantan dan gamet betina.
  • sel darah putih boleh berubah bentuk untuk memusnahkan bakteria.
  • sel darah merah berbentuk cakera dwicekung dan sangat fleksibel.. ini membolehkannya bergerak dengan mudah sepanjang salur darah yang sempit.
  • sel saraf mempunyai gentian akson yang panjang dan halus untuk menghantar impuls saraf.
  • sel sperma mempunyai ekor panjang untuk membolehkannya berenang ke arah ovum. kepalanya membawa satu set kromosom yang berasal daripada induk jantan.


ORGANISASI SEL DALAM ORGANISMA UNISEL

  • organisma sel dalam organisma multisel boleh diringkaskan sebagai:
  1. sel
  2. tisu
  3. organ 
  4. sistem
  5. organisma multisel



ORGANISASI SEL DALAM HAIWAN

TISU
  1. tisu terbahagi kepada empat jenis iaitu:
  • tisu epitelium
  • tisu otot
  • tisu penghubung
  • tisu saraf



TISU EPITELIUM
  • tisu epitelium terdiri daripada daripada satu atau lebih lapisan sel.
  • sel-sel tisu tersusun rapat antara satu sama lain membentuk satu lapisan berterusan yang melapisi permukaan luar (kulit dan ruang mulut).
  • permukaan berongga dalam badan (rongga salur pencernaan dan kelenjar endokrin).
  • tisu epitelium berfungsi sebagai halangan yang berupa pelindung daripada jangkitan, kecederaan mekanikal dan penyahidratan.
  • tisu epiteliumyang melapisiusus manusia membentuk sel goblet yang merembes mukus ke dalam salur pencernaan.
  • tisu epitelium yang melapisi trakea mempunyai sel panjang dengan unjuran seperti rambut yang dikenali sebagai silium.


TISU OTOT

  • tisu otot merupakan tisu yang paling banyak terdapat dalm badan.
  • tisu otot terdiri daripada gentian otot.
  • terdapat tiga jenis otot iaitu otot licin (usus, salur darah, salur kencing, salur pembiakan), otot rangka (tulang rangka badan) dan otot kardium (dinding jantung).
  • pengecutan dan pengendoran otot licin bertanggungjawab terhadap aktiviti luar kawal badan seperti peristalsis di sepanjang salur pencernaan.
  • otot licin mengecut lebih perlahan daripada otot rangka tetapi kekal engecut untuk jangka masa yang lebih lama.
  • otot rangka terlibat dalam pergerakan terkawal.
  • otot rangka mengecut dan mengendur untuk menghasilkan pergerakan tulang.
  • otot kardium mengecut untuk mengepamkan darah ke seluruh badan.
  • pengecutan otot kardium adalah luar kawal.



TISU SARAF


  • tisu saraf terdiri daripada neuron atau sel saraf.
  • setiap neuron terdiri daripada jasad sel dan gentian saraf yang disebut dendrit dan akson.
  • neuron dikhususkan untuk mengesan rangsangan dan seterusnya mengutus maklumat dalam bentuk isyarat bioeletrik (impuls saraf) ke otot atau kelenjar.
  • tisu saraf menyelaras dan mengawal aktiviti badan.



TISU PENGHUBUNG

  1. tisu penghubung terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:-
  • tisu penghubung longgar.
  • tisu penghubung bergentian.
  • rawan.
  • tulang.
  • tisu darah.
  • tisu adipos(tisu lemak).



TISU PENGHUBUNG LONGGAR
  • tisu penghubung longgar merupakan tisu penghubung yang paling banyak terdapat dalam badan.
  • tisu ini berfungsi memautkan tisu epitelium dengan tisu di bawahnya dan menetapkan organ-organ pada kedudukannya.



TISU PENGHUBUNG BERGENTIAN
  • tisu penghubung bergentian mengandungi banyyak gentian kolagen yang disusun rapat.
  • tisu penghubung jenis ini dijumpai dalam tendon yang menyambungkan tulang kepada otot dan ligamen yang menyambungkan tulang kepada tulang.




RAWAN


  • rawan ialah tisu penghubung yang kuat dan fleksibel.
  • rawan memberi sokongan kepada hidung, telinga dan menutup hujung tulang pada sendi.
  • ceper yang didapati antara vertebra dan bertindak sebagai kusyen untuk menyerap tekanan.



TULANG
  • tulang terdiri daripada sel-sel yang terbenam dalam satu matriks kolagen dan dikeraskan oleh pengenapan mineral seperti kalsium fosfat.
  • kombinasi ini menyebabkan tulang lebih keras daripada rawan.
  • tulang melindungi organ dan menyokong badan.



TISU DARAH
  • tisu darah seperti sel darah merah dihasilkan dalam sumsum tulang yang terletak di hujung tulang panjang.
  • darah memainkan peranan dalam pengawalaturan,pengangkutan dan perlindungan.\



TISU ADIPOS(TISU LEMAK)
  • tisu adipos terdiri daripada sel-sel yang tersusun padat untuk menyimpan lemak.
  • tisu ini boleh dijumpai di dalam dermis kulit dan di sekeliling semua organ utama.
  • tisu ini berfungsi memberi tenaga simpan dan juga membekalkan penebatan dan perlindungan.



ORGAN
  • organ terdiri daripada dua atau lebih tisu yang bergabung bersama untuk melakukan sesuatu fungsi yang khusus.
  • kulit merupakan organ yang melapisi seluruh badan.
  • kulit berfungsi sebagai pelindung terhadap jangkitan, kecederaan fizikal dan penyahidratan.
  • kulit terdiri daripada dua lapisan utama iaitu epidermis(luar) dan dermis(dalam).
  • lapisan epidermis terdiri daripada tisu epitelium.
  • sel-sel epitelium sentiasa menjalankan pembahagian sel.
  • dermis terdiri daripada tisu penghubung, tisu saraf, tisu epitelium dan tisu otot..
  • darah dibekalkan kepada kulit melalui jaringan kapilari darah.
  • pelbagai hujung gentian saraf tersebar di seluruh dermis dan epidermis.
  • hujung-hujung sarafmerupakan reseptor tekanan, suhu, sentuhan dan kesakitan yang memancarkan impuls saraf ke bahagian sistem saraf yang lain.



SISTEM
  • setiap sistem terdiri daripada beberapa organ yang bekerja secara bersepadu untuk melakukan sesuatu fungsi khusus.
  • terdapat pelbagai sistem yang menjalankan fungsi utama dalam badan manusia.
  • fungsi semua sistem mesti berkoordinasi supaya organisma dapat hidup dengan sempurna.
  • jenis-jenis sistem utama dalam badan manusia:-
  1. sistem integumen
  2. sistem peredaran darah
  3. sistem endokrin
  4. sistem limfa
  5. sistem saraf
  6. sistem pencernaan 
  7. sistem otot
  8. sistem perkumuhan
  9. sistem rangka
  10. sistem respirasi
  11. sistem pembiakan



ORGANISASI SEL DALAM SEL TUMBUHAN



TISU
  • tisu tumbuhan terbahagi kepada dua iaitu:-
  1. tisu meristem(sel bersaiz kecil yang mempunyai dinding nipis, nukleus bersaiz besar, sitoplasma padat dan tiada vakuol).
  2. tisu kekal(tisu matang yang telah mengalami perbezaan atau sedang mengalami pembezaan).
  • tisu kekal terbahagi kepada tiga iaitu:-
  1. tisu epidermis
  2. tisu asas
  3. tisu vaskular



TISU EPIDERMIS
  • tisu epidermis ialah lapisan paling luar yang melapisi permuaan luar batang, daun dan akar tumbuhan muda.
  • kebanyakan sel epidermis adalah leper dan mempunyai vakuol yang besar.
  • dinding sel epidermis yang terdedah kepada udara diliputi oeh lapisan berlilin yang kalis air disebut kutikel.
  • kutikel mengurangkan kehilangan air secara penyejatan, melindungi dau daripada kecederaan mekanikal dan menghalang jangkitan penyakit yang dibawa oleh mikroorganisma.
  • sel pengawal ialah sel epidermis khusus yang boleh ditemui di antara sel epidermis daun..
  • sel ini mengawal penutupan dan pembukaan stoma.
  • sel epidermis akar mempunyai unjuran panjang yang disebut akar rambut yang menambahkan luas permukaan untuk penyerapan air daripada tanah.



TISU ASAS


  • tisu asas terbahagi kepada tiga iaitu:
  1. tisu parenkima
  2. tisu kolenkima
  3. tisu sklerenkima


TISU PARENKIMA
  • sel yang paling ringkas dan tidak khusus yang dijumpai dalam semua organ tumbuhan.
  • sel-sel ini mempunyai dinding sel yang nipis dan vakuol yang besar.
  • tempat menyimpan kanji dan gula.
  • tisu parenkima yang berada dalam keadaan segah memberi sokongan dan bentuk kepada tumbuhan herba.



TISU KOLENKIMA
  • tisu kolenkima mempunyai dinding sel yang menebal secara tidak seragam terutamanya pada bucu-bucunya.
  • memberi sokongan kepada tumbuhan tidak berkayu (tumbuhan herba), batang muda dan petiol.



TISU SKLERENKIMA
  • mempunyai dinding sel sel yang ditebalkan dengan seragam oleh lignin dan mungkin merupakan tisu mati.
  • memberi sokongan dan kekuatan mekanikal kepada bahagian tumbuhan yang matang.



TISU VASKULAR
  • tisu vaskular terbahagi kepada dua iaitu:-
  1. xilem(mengangkut garam mineral dan air)
  2. floem(sebatian organik yang baru disintesis/ menjana fotosintesis kepada tumbuhan)



XILEM
  • mengangkut garam mineral dan air terlarut dari akar ke bahagian-bahagian lain tumbuhan.
  • memberi sokongan dan kekuatan mekanikal kepada tumbuhan.



FLOEM
  • terdiri daripada sel tiub nipis yang tersusun hujung ke hujung untuk membentuk struktur tiub yang memanjang dan bersambungan.
  • sebatian organik yang baru disintesis.



ORGAN DAN SISTEM DALAM TUMBUHAN
  • contoh organ tumbuhan iaitu:-
  1. daun 
  2. bunga
  3. batang
  4. akar
  • daun terdiri daripada:-
  1. tisu asas
  2. tisu vaskular
  3. tisu epidermis
  • sistem organ tumbuhan tidak begitu khusus dengan sistem organ haiwan.
  • tumbuhan berbunga terdiri daripada dua sistem utama iaitu:-
  1. sistem akar 
  2. sistem pucuk
  • sistem akar terdiri daripada semua akar tumbuhan
  • sistem pucuk terdiri daripada:-
  1. batang
  2. daun
  3. pucuk
  4. bunga
  5. buah
  • batang dan ranting merupakan sistem sokongan untuk menyokong daun pada kedudukan menegak bagi membolehkan penyerapan cahaya dan fotosintesis.
  • bunga terlibat dalam proses pendebungaan.



PENGAWALATURAN PERSEKITARAN DALAM



PERSEKITARANDALAM ORGANISMA MULTISEL
  • persekitaran dalm organisma multisel terdiri daripada bendalir interstis dan plasma darah.
  • bendalir interstis memenuhi ruang antara sel dan sentiasa membasahi sel.
  • pertukaran nutrien dan bahan buangan berlaku antara bendalir interstis dengan plasma darah dalam kapilari darah.



KEPERLUAN MENGEKALKAN PERSEKITARAN DALAM YANG OPTIMUM
  • faktor-faktor fizikal yang perlu dikawal atur:-
  1. suhu
  2. tekanan darah 
  3. tekanan osmosis
  • faktor-faktor kimia termasuklah:-
  1. kandungan garam
  2. gula
  3. nilai pH
  • homeostasis ialah pengawalaturan persekitaran dalam yang secara relatifnya tetap untuk sel berfungsi dalam keadaan optimum.
  • perubahan ini dikawal atur melalui mekanisme homeostasis yang mengekalkan persekitaran dalam supaya proses metabolisme boleh ters berlaku pada kadar yang optimum.
  • sebarag peningkatan nilai faktor fizikal atau kimia akan mencetuskan satu mekanikal homeostasis untuk mengembalikan nilai tersenut ke arah normal.
  • sebaliknya, sebarang penurunan mencetuskan mekanisme homeostasis untuk meningkatkan semula nilai ke aras normal.
  • mekanisme yang mengawal atur homeostasis dikenali sebagai mekanisme suap balik negatif.



PENGLIBATAN PELBAGAI SISTEM DALAM MENGEKALKAN PERSEKITARAN DALAM YANG OPTIMUM
  • suhu badan dikawal atur oleh sistem integumen (kulit dan kelenjar peluh), sistem saraf, sistem peredaran darah, sistem otot dan sistem endokrin.
  • sistem respirasi, sistem peredaran darah dan sistem saraf mengawal atur aras kepekatan karbon dioksida dan oksigen dalam aliran darah.
  • aras glukosa darah dikawal atur oleh kelenjar endokrin, sistem peredaran darah dan sistem pecernaan.
  • sistem saraf, sistem endokrin, sistem perkumuhan dan sistem peredaran darah mengawal atur tekanan osmosis darah serta keseimbangan air dan bahan terlarut dalam bendalir badan.
  • kandungan kimia dalam badan seperti bahan buangan metabolisme dikawal atur oleh sistem perkumuhan, sistem peredaran darah, sistem saraf dan sistem endokrin.
  • aras pH dikawal atur oleh sistem respirasi sistem peredaran darah dan sistem perkumuhan.

Rabu, 8 Januari 2014

EKOSISTEM DINAMIK (4)

 

  • Biokepelbagaiaan ialah kepelbagaiaan spesies tumbuhan dan haiwan di bumi.
  • organisma terbahagi dalam lima kumpulan yang besar  iaitu alam.

Alam dan contoh

Ciri-ciri

Monera {prokaryotae)

Contoh: bakteria, sainobakteria

· Prokariot- sel tanpa nukleus sebenar, tiada membran nukleus dan tiada organel yang dikelilingi membran.

· Organisma unisel.

· Autotrof atau heterotrof.

Protista

Contoh: alga, spiroghira.sp, amoeba.sp, paramecium.sp, rumpai laut

· Eukariot- sel yang mempunyai nukleus dan organel yang dikelilingi membran.

· Autotrof(alga) atau heterotroph.

· Kebanyakannyaunisel tetapi sebilangan kecil adalah multisel.

· Tiada pengkhususan tisu.

Fungi

Contoh: kulapuk, cendawan, yis

· Eukariot- kebanyakan multisel (cendawan) dan sebilangannya adalah unisel (yis).

· Tiada klorofil.

· Dinding sel berkitin.

· Menghasilkan spora.

Plantae

Contoh: paku pakis, lumut tumbuhan berbunga

· Tumbuhan multisel.

· Mengandungi kloroplas.

· Autotrof.

· Dinding sel diperbuat selulosa.

· Mempunyai sel khusus.

· Tidak boleh bergerak.

Animalia

Contoh: ikan, reptilian, amfibia, burung

· Organisma multisel .

· Sel tanpa dinding sel dan kloroplas.

· Heterotrof.

· Boleh bergerak.

· Mampu mencernakan makanan dalam badan.

 


 

HIERARKI PENGELASAN ORGANISMA

 

ALAM               SAIZ UNIT MENURUN

   |                                |                                                |

FILIUM                          

   |                                |                                                |

KELAS

   |                                |                                                |

ORDER

   |                                |                                                |

FAMILI

   |                                |                                                |

GENUS

   |                                |                                                |

SPESIES                                                     SAIZ SEPUNYA BERKURANGAN

 


 

KEPENTINGAN BIOKEPELBAGAIAAN:

  1. sumber hasil biologi.
  2. memberi perlindungan dan makanan.
  3. kepelbagaiaan kolam gas.
  4. memberi perkhidmatan kepada alam sekitar.

NUTRISI (11)

 

 

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI FOTOSINTESIS

  1. kadar fotosintesis dipengaruhi oleh:
  • keamatan cahaya.                
  • kepekatan karbon dioksida.          
  • suhu.                                         
  • air.

 

NUTRISI (10)

 

MEKANISME FOTOSINTESIS

  • proses fotosintesis dibahagi kepada dua fasa: –tindak balas cahaya. (granum)

                                                                                - tindak balas gelap. (stoma)



  1. tindak balas cahaya berlaku dalam kehadiran cahaya seperti:
  • melibatkan pemerangkapan tenaga cahaya.
  • pembentukan bahan yang diperlukan untuk tindak balas gelap.

 

2.   tindak balas gelap boleh berlaku dengan atau tanpa cahaya untuk melibatkan penggunaan hasil daripada tindak balas cahaya untuk membentuk glukosa.


perbezaan antara tindak balas cahaya dan tindak balas gelap

 

sifat

Tindak balas cahaya

Tindak balas gelap

Keperluan cahaya

Perlu

Tidak perlu

Tapak dalam kloroplas

granum

stroma

Tindak balas yang terlibat

Tindak balas fotolisis

Tindak balas biokimia

Molekul ATP dan atom hidrogen

Menghasilkan molekul ATP dan atom hidrogen

Menggunakan molekul ATP dan atom hidrogen

Produk akhir hasil tindak balas

Oksigen dan air

Glukosa dan air

Bahan mentah yang digunakan

Air

Karbon dioksida

Rabu, 31 Julai 2013

NUTRISI (9)

FOTOSINTESIS


  • proses yang dijalankan oleh tumbuhan hijau untuk mensintesiskan sebatian organik (karbohidrat) daripada bahan bukan organik mentah ( CO2 dan H2O) dengan kehadiran cahaya matahari dan klorofil.

 

 



STRUKTUR: kutikel

SIFAT: berlilin, kalis air, lutsinar

FUNGSI: – melindungi daun.

               - menghalang kehilangan air secara berlebihan.

               - membenarkan cahaya matahari menembusi sehingga lapisan bawah.


STRUKTUR: epidermis atas.

SIFAT: – nipis, terdiri daripada satu apisan sel tebal.

            - sel tidak mengandungi kloroplas.

FUNGSI: – membenarkan cahaya matahri melaluinya.

               - sel tidak menjalankan fotosintesis.


STRUKTUR: mesofil palisad

SIFAT: – sel berbentuk silinder, tersusun padat, tegak dan lurus pada lapisan epidermis atas.

           - sel mengandungi banyak kloroplas dan dilapisi filem air.

 

FUNGSI: – sel menjalankan fotosintesis secara aktif.

              - filem air di sekeliling sel membenarkan karbon dioksida melarut sebelum meresap ke dalam sel.


STRUKTUR: mesofil berspan

SIFAT: – lapisan sel tidak sekata, longgar, an mempunyai banyak ruang.

           - sel kurang kloroplas.

FUNGSI: – sel menjalankan fotosintesis.

              - ruang udara memudahkan peresapan gas dan air.


STRUKTUR: berkas vaskular

SIFAT: terdiri daripada tisu xilem di atas dan tisu floem di bawah.

FUNGSI: – xilem mengangkut air dan mineral terlarut yang diserap oleh akar.

               - floem digunakan untuk translokasi makanan (karbohidrat) hasil fotosintesis dari daun ke bahagian pokok.


STRUKTUR: epidermis bawah

SIFAT: – satu lapisan sel epidermis tanpa kloroplas dan ditutup dengan satu lapisan kutikel nipis.

            - mengandungi stoma.

FUNGSI: – sel pengawal.

              - resapan karbon dioksida dari atmosfera ke dalam daun dan oksigen dari daun ke luar berlaku melalui stoma.


 

  1. CIRI PENYESUAIAN DALAM DAN LUAR DAUN UNTUK MENGOPTIMUMKAN FOTOSINTESIS
  • daun disusun bersudut tegak kepada sinar matahari untuk penyerapan cahaya matahari yang maksimum.
  • sel kaya dengan kloroplas untuk menjalankan fotosintesis.
  • lamina yang luas, nipis dan rata untuk menambahkan luas permukaan penyerapan cahaya dan supaya cahaya dapat menembusi ke lapisan bawah.
  • ruang udara yang besar di antara sel memudahkan pergerakan gas.
  • stoma untuk pertukaran gas antara daun dan atmosfera.
  • urat mengandungi tisu pengangkutan supaya air sampai ke pelbagai sel dan supaya makanan yang terhasil ditrnslokasikan.
  • daun disusun bercorak mozek pada batang supaya tidak bertindih untuk penyerapan maksimum cahaya matahari.

Ahad, 7 Julai 2013

NUTRISI (8)





KEPENTINGAN MAKRONUTRIEN DAN MIKRONUTRIEN DALAM TUMBUHAN


  • tumbuhan hijau membina makanan sendiri daripada bahan mentah dalam bentuk bahan tak organik.
  • contohnya: air, karbon dioksida dan nutrien mineral.
  • nutrien mineral ialah pelbagai unsur yang terdapat dalam bentuk ion daripada garam mineral.
  • tumbuhan mineral menghasilkan karbohidrat sendirir tetapi memerlukan unsur lain .
  • contohnya: nitrogen, sulfur dan fosforus ( membina protein, asid nukleik, adenosina trifosfat (ATP) dan bahan organik lain).
  • nutrien terbahagi kepada dua iaitu:
    (a) makronutrien ( unsur besar)                    (b) mikronutrien ( unsur kecil )
  • fungsi makronutrien dalam tumbuhan ialah pertumbuhan normal dan sihat.
  • contoh: karbon, hidrogen, oksigen, fosforus, nitrogen, sulfur, kalium, kalsium dan magnesium.
  • mikronutrien diperlukan dalam kuantiti yang sedikit.
  • contohnya: boron, kuprum, ferum, mangan, molibdenum, zink.


LARUTAN KULTUR

  • larutan yang mengandungi semua unsur mineral yang diperlukan untuk tumbuhan.
  • digunakan untuk mengkaji kepentingan pelbagai nutrien untuk pertumbuhan tumbuhan.
  • satu larutan lengkap dikenali sebagailarutan kultur knop yang mengandungi semua mineral yang diperlukan. 

Translate

Pengikut