Posts

Showing posts from December, 2012

BAB 3: PERERAKAN BAHAN MERENTASI MEMBRAN PLASMA

Image
STRUKTUR MEMBRAN PLASMA membran plasma terdiri daripada protein dan fosfolipid. model struktur membran plasma yang kini diterima oleh ahli sains ialah model yang dikemukakan oleh s.singer dan g.nicholson pada tahun 1972. model ini mencadangkan bahawa molekul protein terselit di antara fosfolipid dan tersebar di seluruh membran plasma.                                                 MODEL MOZEK BENDALIR  FOSFOLIPID sejenis trigliserida yang tersusun dalam dua barisan (dwilapisan) dalam membran plasma. fosfolipid mempunyai bahagian kepala yang berkutub yang bersifat hidrolik(tertarik kepada air) manakala bahagian ekor yang tidak berkutub bersifat hidrofobik(tidak tertarik kepada air). bahagian kepala molekul fosfolipid lapisan luar menghala ke arah bendalir interstis sementara bahagian kepala fosfolipid lapisan dalam menghala ke arah sitoplasma. bahagian ekor semua molekul fosfolipid menghadap antara satu sama lain. DWILAPISAN FOSFOLIPID penghalang yang mengasingkan kedua