Posts

Showing posts from July, 2013

NUTRISI (9)

Image
FOTOSINTESIS proses yang dijalankan oleh tumbuhan hijau untuk mensintesiskan sebatian organik (karbohidrat) daripada bahan bukan organik mentah ( CO2 dan H2O) dengan kehadiran cahaya matahari dan klorofil.     STRUKTUR: kutikel SIFAT: berlilin, kalis air, lutsinar FUNGSI: – melindungi daun.                - menghalang kehilangan air secara berlebihan.                - membenarkan cahaya matahari menembusi sehingga lapisan bawah. STRUKTUR: epidermis atas. SIFAT: – nipis, terdiri daripada satu apisan sel tebal.             - sel tidak mengandungi kloroplas. FUNGSI: – membenarkan cahaya matahri melaluinya.                - sel tidak menjalankan fotosintesis. STRUKTUR: mesofil palisad SIFAT: – sel berbentuk silinder, tersusun padat, tegak dan lurus pada lapisan epidermis atas.            - sel mengandungi banyak kloroplas dan dilapisi filem air.   FUNGSI: – sel menjalankan fotosintesis secara aktif.               - filem air di sekeli

NUTRISI (8)

Image
KEPENTINGAN MAKRONUTRIEN DAN MIKRONUTRIEN DALAM TUMBUHAN tumbuhan hijau membina makanan sendiri daripada bahan mentah dalam bentuk bahan tak organik. contohnya: air, karbon dioksida dan nutrien mineral. nutrien mineral ialah pelbagai unsur yang terdapat dalam bentuk ion daripada garam mineral. tumbuhan mineral menghasilkan karbohidrat sendirir tetapi memerlukan unsur lain . contohnya: nitrogen, sulfur dan fosforus ( membina protein, asid nukleik, adenosina trifosfat (ATP) dan bahan organik lain). nutrien terbahagi kepada dua iaitu:     (a) makronutrien ( unsur besar)                    (b) mikronutrien ( unsur kecil ) fungsi makronutrien dalam tumbuhan ialah pertumbuhan normal dan sihat. contoh: karbon, hidrogen, oksigen, fosforus, nitrogen, sulfur, kalium, kalsium dan magnesium. mikronutrien diperlukan dalam kuantiti yang sedikit. contohnya: boron, kuprum, ferum, mangan, molibdenum, zink. LARUTAN KULTUR larutan yang mengandungi semua unsur minera