Posts

Showing posts from November, 2012

BAB 5 PEMBAHAGIAN SEL

Image
PEMBENTUKAN MITOSIS     Sel badan organisma boleh dibahagi kepada sel soma dan sel gamet. Sel soma terhasil melalui proses mitosis manakala sel gamet terhasil melalui proses meiosis. Bilangan kromosom yang terdapat dalam sel soma sesuatu organisma sentiasa tetap. akan tetapi, sel soma bagi organisma berlainan mengandungi bilangan kromosom yang tidak sama. Misalnya, sel soma jagung mempunyai 20 kromosom dan sel soma bari-bari mempunyai 8 kromosom. Bilangan kromosom dalam setiap sel soma dikenali sebagai diploid iaitu setiap sel mengandungi dua set kromosom atau 2n. Bilangan kromosom diploid atau 2n dalam sel soma manusia ialah 46. Sel gamet atau sel pembiakan pula mengandungi hanya satu set kromosom atau haploid (n) di dalam setiap sel. Jadi bilangan kromosom dalam sel gamet manusia ialah 23. Mitosis ditakrifkan sebagai proses pembahagian nukleus sel induk menjadi dua sel anak dengan setiap nukleus anak mengandungi bilangan kromosom dan kandungan genet