CHAPTER 5: PEMBAHAGIAN SEL (UPDATE)


maklumat: pakaian baju putih role untuk pembahagian cell
Pakaian baju merah: cell darah merah

Anime: hataraku saibou(cells at work)

  • Sel badan dalam makhluk boleh dibahagi kepada 2: 
  • -sel soma 
  • -sel gamet.

  • Sel soma ialah terhasil daripada proses mitosis manakala sel gamet terhasil melalui proses meiosis.

  • Bilangan kromosom yang terdapat dalam sel soma dalam setiap badan makhluk sentiasa tetap/fixed. akan tetapi, sel soma bagi organisma berlainan mengandungi bilangan kromosom yang tidak sama. Contohnya utk soma jagung ada 20 kromosom.

  • Bilangan kromosom dalam setiap sel soma dikenali sebagai diploid iaitu setiap sel mengandungi dua set kromosom atau 2n. Bilangan kromosom diploid atau 2n dalam sel soma manusia ialah 46.jika dibahagikan maka setiap satu set utk kromosom manusia ialah 23 (haploid).

  • Mitosis ditakrifkan sebagai proses pembahagian nukleus sel induk menjadi dua sel anak dengan setiap nukleus anak mengandungi bilangan kromosom dan kandungan genetik yang seiras dengan bilangan kromosom dan kandungan genetik nukleus sel induk.

  • Jadi pembahagian sel secara mitosis menjamin sel anak yang terbentuk seiras dengan sel induk dan ciri ini penting bagi memastikan sel yang terhasil tidak mengalami sebarang perubahan.

  • Mitosis pada tumbuhan dibahagi kepada 2:
  • - tisu meristem di hujung akar (meristem akar) 
  • - hujung pucuk (meristem apeks).

  • Sel meristem juga terdapat di hujung mata tunas, mata tunas pucuk, kambium vaskular dan kambium gabus (meristem gabus).

  • Pembahagian sel yang pesat di sel-sel meristem membolehkan tumbuhan membesar dan memanjang dengan cepat.

  • Pertumbuhan pada haiwan berlaku di seluruh badan dan bukan terhad di kawasan tertentu seperti pada tumbuhan.


PEMBENTUKAN MEIOSIS ( PEMBAHAGIAN 4 SEL)

1.
Meiosis adalah proses pembahagian sel yang berlaku pada organ pembiakan untuk menghasilkan gamet.

2.
Pada haiwan dan manusia, meiosis berlaku dalam:
(a)
testis jantan - membentuk sperma
(b)
ovari betina - membentuk ovum

3.
Pada tumbuhan, meiosis berlaku dalam:
(a)
anter bunga - membentuk debunga
(b)
ovari bunga - membentuk ovul

4.
Meiosis terbahagi kepada dua pembahagian sel:
(a)
meiosis I (pembahagian nukleus pertama)
(b)
meiosis II (pembahagian nukleus kedua)

5.
Setiap pembahagian sel terbahagi kepada empat fasa:
Meiosis I -----> Profasa I -------> Metafasa I
Anafasa I ------>Telofasa I

Meiosis II ------->Profasa II-------> Metafasa II
Anafasa II -------> Telofasa II
P/s: P----> M-------> A--------> T

6.
Sebelum meiosis bermula, sel melalui peringkat interfasa, iaitu peringkat rehat.

7.
Semasa interfasa:
(a)
Kromosom tidak jelas dan wujud sebagai jalinan kromatin.
(b)
Setiap kromosom mereplikasi, iaitu mengganda dua kandungan bahan genetiknya.
(c)
Sentriol mengganda dua pada sel haiwan.

8.
Huraian ringkas tentang proses meiosis dapat dilihat pada jadual di bawah ini.
Peringkat Meiosis
Keterangan
(a)
Interfasa

i.
Sel menjalankan aktiviti normal.
ii.
Kromosom kelihatan seperti bebenang panjang dan halus.
(b)
Profasa I

i.
Kromosom memendek dan menebal.
ii.
Kromosom homolog berpasangan (sinapsis) membentuk bivalen.
iii.
Kromatid menjadi kian jelas
iv.
Proses pindah silang berlaku antara kromatid-kromatid bagi kromosom homolog.
v.
Tempat silangan kromatid dinamai kiasma
vi.
Gelendung terbentuk di dalam sitoplasma.
(c)
Metafasa I

i.
Membran nukleus menghilang.
ii.
Bivalen menyusun di satah khatulistiwa dengan sentromer terikat pada gelendung.
iii.
Setiap kromosom dalam satu bivalen diarahkan menuju ke kutub yang bertentangan.
(d)
Anafasa I

i.
Pasangan homolog berpisah dan bergerak ke kutub bertentangan akibat pemendekan gelendung.
(e)
Telofasa I

i.
Kromosom tiba di kutub masing-masing.
ii.
Gelendung menghilang.
iii.
Sitokinesis pembahagian sitoplasma berlaku secara pencerutan membran sel nukleus.
iv.
Membran nukleus baru terbentuk dan nukleolus muncul semula.
(f)
Interkinesis

i.
Peringkat rehat yang singkat. (Biasanya tidak berlaku)
ii.
Replikasi DNA tidak berlaku.
(g)
Profasa II

i.
Kromosom memendek dan menebal.
ii.
Kromatid kian jelas kelihatan.
iii.
Gelendung terbentuk biasanya pada sudut tepat dengan pembentukan gelendung pertama.
(h)
Metafasa II

i.
Membran nukleus menghilang.
ii.
Kromosom tersusun di satah khatulistiwa.
iii.
Kromatid-kromatid terikat pada gelendung dengan sentromer.
(i)
Anafasa II

i.
Gelendung mengecut dan menarik kromatid-kromatid bagi setiap kromosom ke arah yang bertentangan.
(j)
Telofasa II

i.
Kromatid-kromatid sampai ke kutub.
ii.
Gelendung menghilang.
iii.
Membran nukleus dan nukleolus muncul semula.
iv.
Sitokinesis berlaku dengan menghasilkan dua sel anak daripada setiap sel anak yang dihasilkan dalam meiosis I.
v.
Empat sel anak yang haploid terbentuk.

RUMUSAN : PETA MINDA


 

Comments

Popular posts from this blog

BAB 3: PERERAKAN BAHAN MERENTASI MEMBRAN PLASMA

BAB 2: STRUKTUR DAN ORGANISASI SEL

BAB 5 PEMBAHAGIAN SEL