Khamis, 16 Mei 2013

NUTRISI (5)

PEMBENTUKAN TINJA DAN PENYAHTINJAAN

 

  • makanan yang tidak dicernakan, pelawas serta sel dan bakteria yang sudah mati masih berkeadaan berair apabila dikeluarkan dari usus kecil ke dalam kolon ( usu besar).
  • makanan bergerak melalui peristalsis.
  • kolon menjalankan dua fungsi:
  1. penyerapan semula air untuk membentuk tinja.
  2. penyimpanan dan pembuangan tinja (penyahtinjaan).

 




 

MASALAH BERKAITAN DENGAN PENYAHTINJAAN

 

(A) sembelit

  • kandungan dalam kolon bergerak perlahan, banyak air diserap semula.
  • menyebabkan tinja menjadi keras, kering dan sukar dibuang.
  • abdomen akan menjadi tidak selesa dan kembung.

                                            |

                                            |

                                            |       (berlarutan)

                                            |

 

menyebabkan pengumpulan bahan toksik dalam kolon mengakibatkan pembahagian sel yang abnormal serta tak terkawal dan akhrnya mengakibatkan kanser kolon.

                                            |

                                            |

                                            |     (boleh dikawal dengan)

                                            |

  • mengambil gizi yang banyak pelawas.
  • serat selulosa dalam pelawas tidak dapat dicernakan lalu menyerap air, melembutkan tinja dan memudahkan pergerakan tinja sepanjang kolon dan rektum  sebelum keluar melalui dubur.

 

 

 

(B)  hemoroid

  • berlaku apabila tinja yang keras dan kering berada dalam terlalu lama di dalam rektum.
  • tekanan bertambah terhadap salur darah di sekeliling dubur menyebabkan salur darah meregang, membonjol dan pecah.
  • apabila direngsakan, hemoroid akan membengkak dan berdarah.

                                               |

                                               |

                                               |   ( boleh dikawal dengan)

                                               |

  • mengambil gizi yang banyak pelawas.
  • serat selulosa  dalam pelawas tidak dapat dicernakan lalu menyerap air, melembutkan tinja dan memudahkan pergerakan tinja sepanjang kolon dan rektum sebelum keluar melalui dubur.

6 ulasan:

  1. boleh bagi tau ka apa kelas makanan yg boleh mncegah sembelit

    BalasPadam
  2. k... selalunya makanan yg boleh mencegah sembelit ialah kelas vitamin.... contohnya buah betik... selain 2 sayur sayuran dan air minuman juga boleh mencegah dripada sembelit .

    BalasPadam
  3. kelas makanan utk sembelit bukan vitamin, tetapi pelawas / fiber...

    BalasPadam
  4. nyatakan tiga fungsi pelawas dalam gizi yang seimbang?

    BalasPadam
  5. blh trangkan tak kesan kpd seorg kanak2 yg dberi mana2 dua nutrien makanan dlm amaun yg tdak mncukupi utk satu tempoh y pnjg ..........

    BalasPadam
  6. Adalah dubur itu akn pecah/ berdarah jika berlaku hemoroid kdg kala

    BalasPadam

Translate

Pengikut