NUTRISI (4)

PENYERAPAN DAN AMILASI HASIL PENCERNAAN

 

  • Usus kecil (ileum) mempunyai dua fungsi:  1. pencernaan akhir makanan.

                                                                        2. penyerapan makanan tercerna.

  • adaptasi ileum untuk penyerapan makanan tercerna:

     1. tiub yang panjang, kira 6 m.

     2. permukaan dalam ileum terdiri daripada unjuran halus yang dipanggil vilus.

     3. setiap sel melapisi vilus yang mempunyai unjuran halus yang dipanggil  mikrovilus.

 

  • epitelium yang melapisi dinding ileum adalah satu sel tebal dan memudahkan resapan makanan tercerna.
  • setiap vilus mempunyai satu rangkaian kapilari darah untuk mengangkut glukosa dan asid amino.
  • di bahagian tengah vilus, terdapat satu tiub yang mempunyai satu hujung tertutup dipanggil lakteal.
  • peranan lakteal: 1. penyerapan asid lemak dan gliserol.
  • glukosa, asid amino, mineral, vitamin B dan C diserap melalui resapan ke dalam kapilari darah yang membentuk vena portal hepar.
  • vena portal hepar berperanan untuk mengangkut nutrien ke hati untuk diedarkan ke semual sel badan.

(A)

  • asid lemak dan gliserol meresap merentasi epitelium dan bergabung semula untuk membentuk titisan lipid.
  • kemudian, titisan lipid ini bersama-sama dengan vitamin A,D,E,K masuk ke dalam lakteal yang membentuk duktus limfa.

 

(B)

  • kandungan diangkut ke duktus limfa kanan --------> duktus toraks ---------->  vena subklavikel untuk diedarkan ke sel badan melalui pengaliran darah.

 


ASIMILASI OLEH SEL BADAN

 

GLUKOSA

  • digunakan:

-sebagai substrat respirasi untuk menghasilkan tenaga bagi pelbagai aktiviti.

 

  • berlebihan:

- ditukarkan glikogen untuk disimpan di dalam hati dan otot.  


 

ASID AMINO

  • digunakan:
  1. membina protoplasma dan membaiki tisu yang rosak.
  2. menghasilkan enzim, hormon dan antibodi.
  3. sintesis protein untuk membran plasma.

 

 

  • berlebihan:
  1. tidak boleh disimpan tetapi menjalani pendeaminaan di hati dan ditukar kepada urea untuk dikumuhkan.


LIPID

  • digunakan:
  1. untuk membina fosfolipid  dan kolestrol dalam membran plasma.

 

  • berlebihan:
  1. disimpan sebagai tisu adipos di sekeliling organ dalaman atau di bawah kulit atau sebagai substrat respirasi untuk menghasilkan tenaga apabila kekurangan glukosa.

 


 

VITAMIN DAN GARAM MINERAL

 

  • digunakan:
  1. secara langsung oleh sel untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.

 

  • contohnya:
  1. kalsium dan fosforus diperlukan untuk tulang dan gigi yang sihat manakala ferum diperlukan untuk sintesis hemoglobin.

 


 

HATI

  • hati memainkan peranan penting dalam asimilasi nutrien dan mengawal jumlah nutrien yang dibebaskan ke dalam aliran darah.
  • hati kaya dengan bekalan salur darah.

 

  1. vena portal hepar- mengangkut darah yang kaya dengan glukosa, asid amino, mineral dan vitamin dari usus.
  2. arteri hepar- mengangkut darah beroksigen.
  3. vena hepar- mengangkut darah yang kaya dengan nutrien, urea dan karbon dioksida dari hati ke jantung.

 

 

fungsi hati:

  1. menyimpan glukosa yang berlebihan dalam bentuk glikogen dan vitamin A,D,E,K.
  2. merembeskan hempedu untuk disimpan di dalam pundi hempedu.
  3. mensintesiskan protein darah seperti fibrinogen dan protrombin (bab 1 tingkatan 5).
  4. tapak untuk pemusnahan sel darah merah lusuh, dan penyimpanan ferum daripada hemoglobin sel darah yang dimusnahkan.
  5. menjana haba untuk mengekalkan suhu badan melalui pelbagai tindak balas kimia.
  6. penyahtoksikan bahan toksik seperti alkohol dan dadah kepada bahan yang tidak berbahaya untuk dikumuhkan melalui air kencing.
  7. pendeaminaan asid amino yang berlebihan kepada urea untuk perkumuhan..

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

BAB 3: PERERAKAN BAHAN MERENTASI MEMBRAN PLASMA

BAB 2: STRUKTUR DAN ORGANISASI SEL

BAB 5 PEMBAHAGIAN SEL