BAB 8 : EKOSISTEM DINAMIK


KOMPONEN BIOSIS DAN ABIOSIS DALAM PERSEKITARAN
  1. manusia merupakan sebahagian daripada ekosistem.
  2. oleh itu, adalah penting bagi manusia untuk memahami cara pelbagai organisma dalam ekosistem saling berinteraksi untuk memelihara keseimbangan alam semula jadi.
  3. alam semula jadi terdiri daripada dua komponen iaitu:-
  • biosis
  • abiosis

KOMPONEN BIOSIS
  1. kesemua benda hidup dalam persekitaran.
  2. contohnya iaitu rumput, nyamuk, ular, burung dan manusia.


kitaran makanan….

3.  cara kitaran makanan

     PENGELUAR ------->  PENGGUNA -------->  PENGURAIAN

4. pengeluar selalunya tumbuhan.
5. pengguna terbahagi kepada tiga iaitu :-
  • primer ( herbivor kerana memperoleh makanan dan tenaga dari pengeluar).
  • sekunder (karnivor kerana memperoleh makanan daripada pengguna primer).
  • tertier ( karnivor kerana memperoleh makanan daripada pengguna sekunder).
6. penguraian selalunya bakteria dan fungi.
7. mereka memecahkan saki-baki organisma yang mati untuk memperoleh makanan yang diperlukan oleh tumbuhan.

KOMPONEN ABIOSIS
  1. kesemua benda hidup dalam persekitaran.
  2. contohnya udara, air, tanah, pH, kelembapan, topografi, iklim makro, keamatan cahaya.

RANTAI MAKANAN, JARINGAN MAKANAN DAN ARAS TROF
  1. rantai makanan ialah hubungan pemakanan dalam bentuk satu urutan organisma di mana organisma dalam urutan itu memakan organisma sebelumnya.
  2. contohnya:-

    RUMPUT -------> BELALANG ------->  KATAK -------->
    ULAR -------> HELANG
3.  aras trof ialah setiap peringkat dalam rantai makanan.


4.  pengguna primer dinamakan sebagai pengguna pertama   manakala pengguna sekunder dikenali sebagai pengguna kedua atau sebagainya.
5.  pengguna primer menduduki aras trof kedua bukan aras trof yang pertama. selalunya aras trof pertama iaitu pengeluar.
6.  apabila pengeluar atau pengguna telah dimakan, sebahagian daripada tenaga itu hilang dalam bentuk haba semasa respirasi dan perkumuhan.
7.  jadi, jika aras trof semakin tinggi semakin kurang kandungan tenaganya.
8.  jika kandungan tenaga menghampiri sifar, rantai makanan akan berhenti.
9.  oleh itu, bilangan aras trof dalam rantai makanan jarang melebihi enam.
10. pengurangan tenaga dapat digambarkan dalam bentuk piramid tenaga.




JARINGAN MAKANAN
  1. jaringan makanan terdiri daripada beberapa rantai makanan yang saling bergabung antara satu sama lain.




INTERAKSI ANTARA KOMPONEN BIOSIS
  1. komponen biosis di sebuah kawasan saling bergantung antara satu sama lain.
  2. interaksinya mungkin boleh berlaku dalam sementara mahupun untuk tempoh masa yang panjang.
  3. jenis interaksi yang membbitkan dua organisma khusus dan kekal untuk jangka masa yang panjang dinamakan simbiosis.
secara sementara secara berkekalan
saprofitisme
mangsa-pemangsa
persaingan(intraspesies, interspesies)
simbiosis
komensalisme
parasitisme
mutualisme


KOMENSALISME
  1. yang satu untung dan satu lagi tidak untung.
  2. organisma yang mendapat keuntungan dinamakan komensal, manakala yang tidak untung itu dinamakan perumah.
  3. dua contoh komensal iaitu epifit dan epizoit.


EPIFIT
  1. epifit ialah tumbuhan hijau yang tumbuh di pokok-pokok lain semata-mata untuk mencapai kedudukan yang lebih tinggi untuk menyerap lebih banyak cahaya.
  2. contoh epifit termasuklah paku pakis tanduk rusa dan paku pakis sarang langsuyar, orkid seperti orkid merpati, duit-duit, pitis-pitis dan alga.
  3. epifit tiada mempunyai batang yang kukuh untuk mengeratkannya pada ketinggian yang dikehendaki.
  4. epifit tidak mendatangkan kerugian kepada perumahnya.
  5. menumpang pada pokok lain menyebabkan epifit menghadapi masalah seperti kekurangan tanah dan garam mineral, kekurangan air, masalah cengkaman, masalah pencakaran.

EPIZOIT
  1. epizoit ialah haiwan yang hidup pada permukaan luar haiwandengan tidak mendatangkan kerugian kepada perumahnya.
  2. keuntungan ertama epizoit iaitu pengangkutan.
  3. epizoit juga mungkin memperoleh sisa makanan yang terjatuh keluar daripada mulut perumahnya
  4. contoh epizoit iaitu:-
  • ikan yu dan ikan remora.
  • teritip dan ketam.
  • cyclops dan protozoa.

PARASITISME
  1. yang satu untung dan satu lagi mengalami kerugian.
  2. selalunya yang mendapat untung dinamakan parasit.
  3. parasit boleh terbahagi kepada dua iaitu:-
  • ektoparasit.
  • endoparasit.
ektoparasit endoparasit
hidup di luar badan hidup di dalam badan
kutu, pijat-pijat, pacat dan nyamuk cacing pita, cacing gelang, cacing fluk


MUTUALISME / KESALINGAN
  1. kedua-duanya medapat keuntungan.
  2. mutualisme ialah sejenis simbiosis.
  3. contoh mutualisme:-
  • rhizobium dan nodul akar.
  • kulampair.
  • buran dan umang-umang.

SAPROFITISME
  1. memperoleh makanan yang sudah mati atau sudah reput.
  2. tumbuhandan haiwan yang memperoleh makanan daripada organisma mati dan saki-baki organiknya masing-masing dinamakan saprofit dan saprozoit.

SAPROFIT
  1. memperoleh daripada organik reput.
  2. saprofit merembeskan enzim ke atas bahan organik untuk mencernakannya lalu menyerap sebatian ringkas yang terhasil.
  3. contoh saprofit:-
  • cendawan dan kulat.
  • kulapuk di roti.
  • kulat pengurai dan bakteria.
  • yis.

SAPROZOIT
  1. haiwan yang memakan bahan organik reput.
  2. contoh saprozoit:-
  • amoeba.
  • cacing tanah.

PERHUBUNGAN MANGSA DAN PEMANGSA
  1. pemangsa ialah haiwan yang memburu dan memakan haiwan lain.
  2. haiwan yang dimakan adalah mangsa.
  3. contoh perhubungan mangsa dan pemangsa:-
  • ular menjadi mangsa kepada helang.
  • tikus menjadi mangsa kepada burung hantu.
  • rusa menjadi mangsa kepada harimau.

PERSAINGAN
  1. pertandingan antara organisma untuk mendapatkan keperluan yang sama.
  2. tumbuhan bersaing untuk mendapatkan cahaya matahari, air, garam mineral dan ruang hidup.
  3. haiwan bersaing untuk mendapatkan makanan, ruang hidup dan pasangannya.
  4. persaingan terbahagi kepada dua iaitu:-
  • intraspesies.
  • interspesies.

persaingan intraspesies persaingan interspesies
bersaing sama spesies bersaing berlainan spesies
contoh:-

  • pokok setawar.
  • ayam.
contoh:-

  • pokok padi dan pokok jagung.
apabila keperluan terhad, mereka ini sering bersaing antara satu sama lain untuk mendapat keperluan yang secukupnya. tiada detail.



PERSAINGAN INTRASPESIES DAN INTERSPESIES PADA HAIWAN
  1. contoh persaingan dalam kalangan haiwan ialah paramecium.
  2. paramecium aurelia dan paramecium caudatum ialah dua spesies paramecium.
  3. bila spesies paramecium dibiakkan secara berasingan dengan bekalan yang sama, pertambahan populasinya akan berlaku.
  4. bentuk graf pada mulanya, kadar pertambahan populasinya berlaku perlahan kerana bilangan paramecium yang sedia ada dan mampu membiak adalah terhad.
  5. apabila bilangan paramecium cukup banyak, kadar pertambahan populasi berlaku dengan cepatnya.
  6. ini kerana persaingan intraspesies yang berlaku mengehadkan saiz populasi.
  7. jika dua spesies dibiakkkan bersama-sama dengan bekalan makanan yang hanya mencukupi bagi salah satunya, persaingan interspesies berlaku.
  8. dalam persaingan ini paramecium aurelia akan menang disebabkan kadar pembiakannya yang lebih tinggi.
  9. paramecium caudatum pula kalah dan bilangannya semakin berkurang.






Comments

  1. As salam....
    sgt berguna..sy mohon share ye...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum... sngt2 mmbntu!!!.. sy dri ggl bio akhirny lulus jga.... bah!! JazaAllahukhair...

    ReplyDelete
  3. waalaikummussalam.... alhamdulillah.... smoga saudara/saudari berjaya exam akn datang....

    ReplyDelete
  4. Terima kasih.. Saya berasa terbantu drngan nota anda.. Tetapi saya harap anda bolej menaiktarafkan laginota anda..

    ReplyDelete
  5. kalau dalam power point lagi awesome , apa2 pun ...terima kasih :)

    ReplyDelete
  6. terima kasih .. memg dpat mbantu sya ..

    ReplyDelete
  7. dae..!!!
    nyabak..
    !!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

BAB 3: PERERAKAN BAHAN MERENTASI MEMBRAN PLASMA

BAB 2: STRUKTUR DAN ORGANISASI SEL

BAB 5 PEMBAHAGIAN SEL