BAB 1: PENGENALAN KEPADA BIOLOGI

  









    - kajian biologi



  • perkataan "biologi" berasal daripada bahasa yunani iaitu "bios" dan "logos". "bios" bermaksud kehidupan dan "logos" bermaksud kajian, maka, biologi bermaksud kajian mengenai kehidupan.
  • biologi mengajar kita mengenai struktur dan fungsi benda hidup atau organisma dan juga menunjukkan kepada kita mengenai interaksi organisma-organisma ini antara satu sama lain dan interaksi organisma dengan persekitarannya.

     - kepentingan biologi
  • memahami pelbagai interaksi yang berlaku di sekeliling kita.
  • mengenai sejenis organisma biasanya melibatkan kajian mengenai persekitaran hidup dan interaksi-interaksi organisma tersebut dengan organisma lain.
  • dengan mengkaji organisma hidup, proses hidupnya dan cara-cara proses ini memberi kesan kepada kita, kita akan dapat memahami dengan lebih baik cara-cara badan manusia berfungsi.
  • penyelidikan biologi merupakan aspek yang sangat penting dalam biologi dan telah membawa banyak manfaat kepada kehidupan kita dan persekitaran. ini termasuklah:- 
  1. memahami dengan lebih baik bagaimana badan berfungsi
  2. mengetahui cara merawat penyakit.
  3. menyelamatkan spesies terancam yang hampir pupus.
  4. menguruskan masalah berkaitan dengan persekitaran dengan persekitaran lebih baik.

    - bidang kajian yang berbeza dalam biologi
    
      jenis-jenis bidang kajian biologi ialah:-
  • bioteknologi(menggunakan organisma hidup untuk menghasilkan produk berguna)
  • biokimia
  • perubatan
  • anatomi(dalam badan)
  • genetik(pembiakan)
  • fisiologi(luar badan)
  • taksonomi(mengenal pasti,menghuraikan dan menamakan organisma)
  • ekologi(persekitaran)
  • botani(tumbuhan)
  • zoologi(haiwan)
  • mikrobiologi(organisma)
  • histologi
  • biologi marin dan air tawar
  • ahli sains bioperubatan
   -  penyiasatan saintifik

      kemahiran saintifik terbahagi kepada 2 iaitu:-

  1. kemahiran proses sains
  2. kemahiran manipulatif
  • kemahiran proses sains melibatkan kemahiran pemikiran secara kritis,analisis, dan kreatif yang membolehkan seseorang ahli sains merumus persoalan dan mencari jawapan untuk sesuatu fenomena.
  • kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor yang membolehkan ahli sains menjalankan sesuatu penyiasatan saintifik.
   - kaedah saintifik

langkah-langkah dijalankan secara sistematik dan berperingkat semasa penyiasatan saintifik
  1. mengenal pasti masalah
  2. membuat hipotesis
  3. merancang eksperimen
  4. mengenal pasti dan mengawal pemboleh ubah
  5. menjalankan eksperimen
  6. mengumpulkan data
  7. menganalisis data
  8. mentafsir data
  9. membuat kesimpulan 
  10. menulis laporan
 -  sikap saintifik dan nilai-nilai murni

  • mempunyai sifat ingin tahu
  • menunjukkan minat terhadap alam semula jadi
  • cermat
  • bekerjasama
  • bertimbang rasa terhadap orang lain dan alam sekitar
  • mestilah jujur dalam menjalankan eksperimen,merekod dan mengesahkan data.
  • memiliki kemahiran berfikir secara kritis dan analisis
  • kesimpulan mestilah rasional dan objektif
  • bertanggungjawab.

Comments

  1. wey buang lagu..xbest langsung

    ReplyDelete
  2. Salam,, BAB 0 xdaka.. -_-

    ReplyDelete
  3. napa.... nak jgak ka bab 0??????? :P

    ReplyDelete
  4. Ilmu yg berguna . Terima kasih . Keep it up :))

    ReplyDelete
  5. terima kasih... sgt membantu buat nota bio.

    ReplyDelete
  6. bagusla. sy baru msuk f4 dn memilih aliran sains. skrg sy makin mint .. hehe

    ReplyDelete
  7. ada x nota tntng kerjaya yg berkaitan dgn biologi..hehe:P

    ReplyDelete
  8. apakah maksud gula penurun?

    ReplyDelete
  9. nyatakan satu organ dimana proses tindak balas hidrolisis berlaku

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Rilek ah weyh,xrilek dowh kau

      Delete
  11. Weyhh tahun last guna nota nihh😢

    ReplyDelete
  12. Fuhh nasib ade blog ni kalau x abis la aku ngan cg garang tuu

    ReplyDelete
  13. Walaupun baru form2,saya still suka belajar biologi..😁

    ReplyDelete
  14. langsung tak faham lol

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

BAB 3: PERERAKAN BAHAN MERENTASI MEMBRAN PLASMA

BAB 2: STRUKTUR DAN ORGANISASI SEL

BAB 5 PEMBAHAGIAN SEL