Posts

Showing posts with the label bab 7

Bab 7: respirasi (2)

Image
 Bagaimana proses respirasi dalam protozoa Dikenali sebagai unisel seperti amoeba Tiada struktur Respirasi yang khusus diperlukan kerana pertukaran gas berlaku melalui resapan ringkas serta merentasi membran plasma yang nipis. Penyesuaian untuk pertukaran gas adalah: Nisbah jumlah luas isi padu (TSA/V) yang besar kerana saiznya. Membrane plasma yang nipis. Permukaan lembap. Mekanisme pernafasan Oksigen meresap ke dalam sel dan karbon dioksida meresap keluar daripada sel melalui membran plasma menuruni kecurunan kepekatan.

bab 7: respirasi (1) revamp

PROSES RESPIRASI DALAM PENGHASILAN TENAGA   semua organisma memerlukan tenaga untuk hidup dan melakukan aktiviti.   organisma memerlukan tenaga untuk: mengecutkan otot untuk pergerakan. membuat sel baharu untuk pertumbuhan dan perkembangan badan. menghantar mesej(neuron) melalui saraf. membentuk molekul organik seperti karbohidrat, protein, lipid dan enzim. menyerap makanan tercerna melalui pengangkutan aktif.   Bahan atau substrat utama dalam proses respirasi ialah glukosa. Di mana proses antara respirasi digabungkan dengan glukosa menjadi tenaga(energy) untuk setiap makluk hidup. Jadi rumusannya: Respirasi(oksigen) + glukosa(dari nutrien) = tenaga(energy)  Sel yang terlibat dalam proses respirasi ini ialah mitocondrion dan sel sitoplasma   respirasi dibahagi kepada dua peringkat iaitu: respirasi dalam(anaerob) respirasi luar(aerob)  ------------------------------------------------------...