BAB 1: PENGENALAN KEPADA BIOLOGI
- kajian biologi perkataan "biologi" berasal daripada bahasa yunani iaitu "bios" dan "logos". "bios" bermaksud kehidupan dan "logos" bermaksud kajian, maka, biologi bermaksud kajian mengenai kehidupan. biologi mengajar kita mengenai struktur dan fungsi benda hidup atau organisma dan juga menunjukkan kepada kita mengenai interaksi organisma-organisma ini antara satu sama lain dan interaksi organisma dengan persekitarannya. - kepentingan biologi memahami pelbagai interaksi yang berlaku di sekeliling kita. mengenai sejenis organisma biasanya melibatkan kajian mengenai persekitaran hidup dan interaksi-interaksi organisma tersebut dengan organisma lain. dengan mengkaji organisma hidup, proses hidupnya dan cara-cara proses ini memberi kesan kepada kita, kita akan dapat memahami dengan lebih baik cara-cara badan manusia berfungsi. penyelidikan biologi merupakan aspek yang sangat penting dalam biologi ...