EKOSISTEM DINAMIK (4)
- Biokepelbagaiaan ialah kepelbagaiaan spesies tumbuhan dan haiwan di bumi.
- organisma terbahagi dalam lima kumpulan yang besar iaitu alam.
Alam dan contoh | Ciri-ciri |
Monera {prokaryotae) Contoh: bakteria, sainobakteria | · Prokariot- sel tanpa nukleus sebenar, tiada membran nukleus dan tiada organel yang dikelilingi membran. · Organisma unisel. · Autotrof atau heterotrof. |
Protista Contoh: alga, spiroghira.sp, amoeba.sp, paramecium.sp, rumpai laut | · Eukariot- sel yang mempunyai nukleus dan organel yang dikelilingi membran. · Autotrof(alga) atau heterotroph. · Kebanyakannyaunisel tetapi sebilangan kecil adalah multisel. · Tiada pengkhususan tisu. |
Fungi Contoh: kulapuk, cendawan, yis | · Eukariot- kebanyakan multisel (cendawan) dan sebilangannya adalah unisel (yis). · Tiada klorofil. · Dinding sel berkitin. · Menghasilkan spora. |
Plantae Contoh: paku pakis, lumut tumbuhan berbunga | · Tumbuhan multisel. · Mengandungi kloroplas. · Autotrof. · Dinding sel diperbuat selulosa. · Mempunyai sel khusus. · Tidak boleh bergerak. |
Animalia Contoh: ikan, reptilian, amfibia, burung | · Organisma multisel . · Sel tanpa dinding sel dan kloroplas. · Heterotrof. · Boleh bergerak. · Mampu mencernakan makanan dalam badan. |
HIERARKI PENGELASAN ORGANISMA
ALAM SAIZ UNIT MENURUN
| | |
FILIUM
| | |
KELAS
| | |
ORDER
| | |
FAMILI
| | |
GENUS
| | |
SPESIES SAIZ SEPUNYA BERKURANGAN
KEPENTINGAN BIOKEPELBAGAIAAN:
- sumber hasil biologi.
- memberi perlindungan dan makanan.
- kepelbagaiaan kolam gas.
- memberi perkhidmatan kepada alam sekitar.
Comments
Post a Comment