EKOSISTEM DINAMIK (2)
PROSES PENGKLONIAN DAN SESARAN DALAM SATU EKOSISTEM
EKOSISTEM
- organisma sentiasa saling bertindak balas antara satu sama lain dengan persekitarannya.
- saling tindakan ini membentuk satu sistem yang stabil disebut ekosistem.
- contohnya ekosistem hutan, gurun dan laut.
NIC, HABITAT, KOMUNITI, SPESIES DAN POPULASI
NIC
- SESUATU ORGANISMA IALAH PERANAN YANG DIMAINKAN ATAU CARA KEHIDUPAN SESUATU ORGANISMA DALAM SUATU EKOSISTEM.
- CONTOHNYA: NIC BAGI FITOPLANKTONIALAH SEBAGAI PENGELUAR KARBOHIDRAT UNTUK MEMBEKALKAN MAKANAN KEPADA PENDUDUK DALAM EKOSISTEM KOLAM.
HABITAT
- TEMPAT SEMULA JADI BAGI ORGANISMA HIDUP.
- HABITAT MERUPAKAN TEMPAT DI MANA ORGANISMA MEMPEROLEH MAKANAN DAN TEMPAT PERLINDUNGAN.
- CONTOHNYA: SEBATANG POKOK IALAH HABITAT BAGI BELUNCAS.
KOMUNITI
- SEKUMPULAN ORGANISMA DARIPADA PELBAGAI SPESOES YANG HIDUP DALAM SESUATU HABITAT.
- CONTOHNYA: KOMUNITI PAYA BAKAU DAN KOMUNITI KOLAM.
SPESIES
- SEKUMPULAN ORGANISMA YANG SERUPA MAMPU MEMBIAK ANTARA SATU SAMA LAIN UNTUK MELAHIRKAN ANAK.
- CONTOHNYA: AVICENNIA SP., RHIZOPHORA SP. DAN BRUGUIRA SP. IALAH TIGA SPESIES YANG HIDUP DALAM HABITAT PAYA BAKAU.
POPULASI
- SEKUMPULAN ORGANISMA DARIPADA PELBAGAI SPESIS YANG HIDUP DALAM SESUATU HABITAT.
- CONTOHNYA: SATU POPULASI TIKUS YANG HIDUP DI KEBUN KELAPA SAWIT.
PENGKOLONIAN DAN SESARAN DALAM KOLAM
1. SPESIES PERINTIS(ALGA DAN TUMBUHAN TENGGELAM) MENAKLUKI KOLAM TERBIAR.
|
|
|
|
2. BAHAN ORGANIK REPUT DARIPADA ORGANISMA MATI TERMENDAP DI DASAR KOLAM. KOLAM MENJADI CETEK. SPESIES PERINTIS DIGANTIKAN OLEH TUMBUHAN TERAPUNG YANG MELITUPI AIR DAN MENGHALANG CAHAYA MATAHARI DARIPADA SAMPAI ORGANISMA YANG TENGGELAM. LEBIH BANYAK ORGANISMA MATI SEMAKIN CETEK KEDALAMAN AIR.
|
|
|
|
3. KOLAM CETEK TIDAK SESUAI UNTUK TUMBUHAN TERAPUNG DAN DIGANTIKAN OLEH TUMBUHAN AMFIBIA. TUMBUHAN AMFIBIA BOLEH HIDUP DI DARAT DAN DALAM AIR.
|
|
|
|
4. APABILA TUMBUHAN INI MATI DAN MEREPUT,SISA ORGANIKNYA MENAMBAHKAN MENDAPAN DI DASAR KOLAM DAN MENCETEKKAN LAGI.
|
|
|
|
5. SECARA BERUNSUR-UNSUR , SELURUH KOLAH AKAN DIPENUHI MENDAPAN.KOLAM MENJADI KERING.TUMBUHAN DARATAN SEPERTI RUSIGA, TUMBUHAN RENEK DAN TUMBUHAN BERKAYU AKAN MENYESARKAN TUMBUHAN AMFIBIA.
PENGKOLONIAN DAN SESARAN PAYA BAKAU
- SERING DIJUMPAI DI MUARA SUNGAI SERTA DI SEKELILING PULAU YANG TERLINDUNG DARIPADA TIUPAN ANGIN KENCANG.
- TERBENTUK AKIBAT PEMENDAPAN LUMPUR DAN SELUT YANG DIBAWA OLEH SUNGAI DAN LAUT KE PANTAI.
- CIRI-CIRI PAYA BAKAU: 1. KEMASINAN TINGGI.
2. KANDUNGAN OKSIGEN YANG RENDAH.
3. MENERIMA CAHAYA MATAHARI & HABA YANG KUAT.
CIRI-CIRI PENYESUAIAN PAYA BAKAU:
- TANAH LEMBUT DAN BERLUMPUR.
- TANAH BERTAKUNG AIR DENGAN SEDIKIT OKSIGEN.
- BIJI BENIH TENGGELAM DALAM LUMPUR BERTAKUNG AIR DAN SUKAR BERCAMBAH.
- KEMASINAN TINGGI.
- KADAR TRANSPIRASI YANG TINGGI AKIBAT HABA DAN KEAMATAN CAHAYA YANG TINGGI.
oooo....good job.
ReplyDeleteNota ringkas yg padat .Saya suka sangat nota ini.
ReplyDeleteNota ini sangat membantu.
ReplyDeleteThanks a lot... banyak membantu.... *^▁^*
ReplyDeleteSaya dapat menjawab beberapa soalan dengan baik.....terima kasih banyak2
ReplyDeletethanks for the notes :)
ReplyDeleteJelas , tepat , padat . terima kasih banyak2
ReplyDeleteTHaNK 4 THe NoTeS!!! ^_^
ReplyDeleteI LIKE IT :)
terima kasih sngt membantu
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletethanks aidil imran. kau dah senangkan hidup aku
ReplyDeleteHm
Delete