Posts

BAB 3: PERERAKAN BAHAN MERENTASI MEMBRAN PLASMA

Image
STRUKTUR MEMBRAN PLASMA membran plasma terdiri daripada protein dan fosfolipid. model struktur membran plasma yang kini diterima oleh ahli sains ialah model yang dikemukakan oleh s.singer dan g.nicholson pada tahun 1972. model ini mencadangkan bahawa molekul protein terselit di antara fosfolipid dan tersebar di seluruh membran plasma.                                                 MODEL MOZEK BENDALIR  FOSFOLIPID sejenis trigliserida yang tersusun dalam dua barisan (dwilapisan) dalam membran plasma. fosfolipid mempunyai bahagian kepala yang berkutub yang bersifat hidrolik(tertarik kepada air) manakala bahagian ekor yang tidak berkutub bersifat hidrofobik(tidak tertarik kepada air). bahagian kepala molekul fosfolipid lapisan luar menghala ke arah bendalir interstis sementara bahagian kepala fosfolipid lapisan dalam menghala ke arah sitoplasma. bahagian e...

BAB 5 PEMBAHAGIAN SEL

Image
PEMBENTUKAN MITOSIS     Sel badan organisma boleh dibahagi kepada sel soma dan sel gamet. Sel soma terhasil melalui proses mitosis manakala sel gamet terhasil melalui proses meiosis. Bilangan kromosom yang terdapat dalam sel soma sesuatu organisma sentiasa tetap. akan tetapi, sel soma bagi organisma berlainan mengandungi bilangan kromosom yang tidak sama. Misalnya, sel soma jagung mempunyai 20 kromosom dan sel soma bari-bari mempunyai 8 kromosom. Bilangan kromosom dalam setiap sel soma dikenali sebagai diploid iaitu setiap sel mengandungi dua set kromosom atau 2n. Bilangan kromosom diploid atau 2n dalam sel soma manusia ialah 46. Sel gamet atau sel pembiakan pula mengandungi hanya satu set kromosom atau haploid (n) di dalam setiap sel. Jadi bilangan kromosom dalam sel gamet manusia ialah 23. Mitosis ditakrifkan sebagai proses pembahagian nukleus sel induk menjadi dua sel anak dengan setiap nukleus anak mengandungi bilangan kromosom dan kandun...

BAB 4: KOMPOSISI KIMIA DALAM SEL

Image
KOMPOSISI KIMIA DALAM SEL unsur ialah bahan yang terdiri daripada satu jenis atom sahaja yang tidak boleh diuraikan kepada bahan yang lebih ringkas melalui tindak balas kimia. lebih kurang 25 unsur utama yang penting untuk organisma hidup. unsur paling umum yang didapati dalam organisma ialah unsur karbon(C), oksigen(O), hidrogen(H) dan nitrogen(N). unsur ini membentuk 96.3 peratus jumlah jisim badan. unsur lain seperti kalium(Ca), kalium(K), fosforus(P), sulfur(S), natrium(Na), klorin(Cl), magnesium(Mg) dan ferum(Fe) membentuk baki 3.7 peratus. unsur ini wujud dalam kuantiti yang sedikit dalam organisma. sebatian organik ialah sebatian kimia yang mengandungi unsur karbon. contohnya, karbohidrat(CHO), protein(CHON), lipid(CHO) dan asid nukleik. sebatian tidak organik ialah sebatian kimia yang terdiri daripada hidrogen dan oksigen. contohnya, air(H2O). KEPENTINGAN SEBATIAN ORGANIK DALAM SEL 15 peratus protoplasma terdiri daripada protein. unit binaan asas protein ia...

BAB 1: PENGENALAN KEPADA BIOLOGI

Image
       - kajian biologi perkataan "biologi" berasal daripada bahasa yunani iaitu "bios" dan "logos". "bios" bermaksud kehidupan dan "logos" bermaksud kajian, maka, biologi bermaksud kajian mengenai kehidupan. biologi mengajar kita mengenai struktur dan fungsi benda hidup atau organisma dan juga menunjukkan kepada kita mengenai interaksi organisma-organisma ini antara satu sama lain dan interaksi organisma dengan persekitarannya.      - kepentingan biologi memahami pelbagai interaksi yang berlaku di sekeliling kita. mengenai sejenis organisma biasanya melibatkan kajian mengenai persekitaran hidup dan interaksi-interaksi organisma tersebut dengan organisma lain. dengan mengkaji organisma hidup, proses hidupnya dan cara-cara proses ini memberi kesan kepada kita, kita akan dapat memahami dengan lebih baik cara-cara badan manusia berfungsi. penyelidikan biologi merupakan aspek yang sangat penting dalam biologi ...