BAB 2: STRUKTUR DAN ORGANISASI SEL
- struktur dan fungsi sel organel ialah struktur sel yang terdapat dalam sitoplasma, yang melakukan sesuatu fungsi khusus agar sel dapat berfungsi sebagai satu unit kehidupan. selain nukleus(organel sel yang terbesar), conto-contoh organel lain termasuklah mitokondrion, kloroplas, vakuol, ribosom, lisosom dan jasad golgi. sesetengah organel ini hanya boleh dilihat menerusi mikroskop elektro n. sel tumbuhan dan sel haiwan seperti yang kelihatan menerusi mikroskop cahaya. - KOMPONEN SEL HAIWAN DAN SEL TUMBUHAN - membran sel Membran sel ialah istilah umum yang merujuk kepada semua jenis membran yang terdapat dalam sel. Membran yang terdapat pada permukaan dan meliputi kandungan sel dikenali sebagai membran plasma. membran plasma terdir daripada protein dan fosfolipid. membran plasma membentuk sempadan yang mengasingkan kandungan sel daripada persekitaran luar. membran ini mengawal atur pergerakan bahan ke dala