BAB 6 NUTRISI

JENIS NUTRISI

  1. proses pengambilan nutrien oleh organisma dinamakan nutrisi.
  2. nutrien diperlukan untuk membekalkan tenaga, pertumbuhan, menggantikan tisu rosak dan memelihara kesihatan badan.
  3. nutrisi dalam organisma hidup terbahagi kepada dua iaitu:-
  • autotrofik
  • heterotrofik

4.  NUTRISI AUTOTROFIK
  • membuat makanan sendiri.
  • tumbuhan hijau merupakan autotrof. hal ini kerana, tumbuhan hijau dapat membina makanan sendiri dengan menggunakan cahaya matahari sebagai sumber tenaga.
  • selain itu, sesetengah bakteria dapat membina makanan dengan menggunakan tenaga kimia yang terbebas daripada tindak balas.
  • pembinaan menggunakan tenaga kimia dikenali sebagai kemosintesis.

5. NUTRISI HETEROTROFIK
  • tidak berupaya membuat makanan sendiri.
  • heteretrof boleh dibahagi dalam pelbagai jenis iaitu holozoik, saprofitisme, parasitisme.

6.  NUTRISI HOLOZOIK
  • menangkap organisma lain dan memakannya

jenis haiwan contoh jenis haiwan makanan
herbivor kambing , biri-biri tumbuhan
karnivor harimau , singa daging
omnivor beruang , manusia tumbuhan ,  daging

7.  NUTRISI SAPROFITISME
    • memperoleh daripada organisma lain yang telah mati atau reput.
    • contoh saprofit

                 cendawan                                   kulat roti


8.  NUTRISI PARASITISME
  • memperoleh makanan daripada organisma lain yang masih hidup.
  • mangsa disebut perumah.
  • pemangsa disebut parasit.
  • contoh parisit:-
   cacing pita
     nyamuk
        bunga pakma

GIZI SEIMBANG

  1. gizi seimbang ialah gizi yang mengandungi kesemua tujuh kelas makanan dalam kadar yang betul.
  2. tujuh kelas merangkumi lima jenis nutrien, iaitu karbohidrat, protein, lipid, vitamin dan garam mineral.
  3. selain itu, gizi yang seimbang juga harus mengandungi air dan serabut yang menncukupi.

KEPERLUAN TENAGA HARIAN

  1. tenaga diperoleh daripada pengoksidaan glukosa semasa proses respirasi.
  2. metabolisme adalah semua tindak balas biokimia yang berlaku di dalam sel organisma hidup.
  3. semakin tinggi kadar metabolik semakin banyak tenaga yang diperlukan.
  4. antara faktor yang mempengaruhi keperluan tenaga iaitu :-
  • umur
  • jantina
  • berat badan
  • cuaca
  • keadaan kesihatan
  • jenis pekerjaan
  1. jika seseorang makan secara berlebihan, makanan   yang dimakan akan ditukar menjadi lemak dan kegemukan.


NILAI TENAGA MAKANAN.
  1. tenaga dibekalkan oleh karbohidrat, lipid dan protein.
  2. makanan yang berlainan mempunyai tenaga yang berbeza. ini disebut nilai tenaga.
  3. nilai tenaga makanan ditakrifkan sebagai jumlah tenaga yang dibebaskan apabila 1 gram makanan itu dioksidakan dengan lengkapnya.
  4. unit nilai tenaga (J g-1).
  5. 1 kalori atau 4.2 joule ialah kuantiti haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu bagi 1 gram air sebanyak 1 darjah celcius.

nilai tenaga makanan (nilai kalori) =
4.2 (J g-1’C-1) X jisim air (g) X kenaikan suhu (‘C)
__________________________________________
                 jisim makanan (g)


VITAMIN
  1. kuantiti kecil untuk memelihara kesihatan am.
  2. vitamin terbahagi kepada beberapa kumpulan iaitu vitamin A, B, C, D, E dan K.
  3. vitamin B dan C larut dalam air.
  4. vitamin A, D, E, K larut dalam minyak.

vitamin sumber fungsi penyakit kekurangan zat
A hati, susu, tomato, lobak merah
  • untuk kelihatan tisu epitelium termasuk kulit.
  • untuk penglihatan malam.
  • membantu pertumbuhan.
  • rabun malam
  • xeroftalmia
  • pertumbuhan terbantut.
B1 hati, yis, susu, bijirin yang tidak digiling. telur
  • diperlukan untuk respirasi sel.
  • penting untuk pertumbuhan.
  • memelihara kesihatan sistem saraf.
  • beri-beri.
  • gangguan sistem saraf.
  • kelemahan pada otot.
B2 hati, yis, susu, bijirin yang tidak digiling. telur
  • diperlukan untuk respirasi sel.
  • penting untuk pertumbuhan.
  • memelihara kesihatan sistem saraf.
  • kulit mengupas di hidung, telinga dan mulut.
  • lidah membengkak.
B3 hati, yis, susu, bijirin yang tidak digiling. telur
  • diperlukan untuk respirasi sel.
  • memelihara kesihatan sistem saraf, kulit dan usus.
  • pelagra.
  • cirit-birit.
B5 daging, telur, germa, bijirin, yis, hati.
  • diperlukan dalam respirasi sel.
  • memelihara kesihatan sistem saraf.
  • diperlukan bagi pembentukan antibodi
  • pertumbuhan terbantut.
  • gangguan sistem saraf.
  • jangkitan penyakit.
B6 daging, hati, ikan, telur, keju.
  • diperlukan bagi pembinaan asid amino.
  • diperlukan bagi pembentukan sel darah merah.
  • anemia
  • cirit-birit
B12 daging, hati, ikan, telur, keju.
  • diperlukan bagi pembentukan sl darah merah.
  • anemia
C buah-buahan dan sayur-sayuran
  • memelihara kesihatan salur darah.
  • skurvi
D susu, hati, telur, mentega. vitamin D disintesiskan di kulit apabila terdedah kepada cahaya matahari.
  • membantu penyerapan kalsium dan fosforus untuk membina tulang dan gigi yang kuat
  • riket (tulang lembut)
  • gigi mudah rosak.
  • osteomalasia pada orang dewasa.
E germa gandum, sawi, kubis
  • mungkin mencegah kemandulan.
  • membantu mencegah oksigen atmosfera daripada dioksidakan dan memusnahkan vitamin A dan C
  • kemandulan (pada mamalia lain)
K kubis, sayur-sayuran hijau, tomato, hati
  • diperlukan bagi pembekuan darah.
  • darah lambat membeku.
  • anemia.

maksud
  • xeroftalamia- sejenis penyakit yang menyebabkan kornea menjadi kering dan lembap.
  • beri-beri- gejala penyakit ini termasuk kemerosotan sistem saraf. kematian biasanya disebabkan oleh jantung berhenti berfungsi.
  • pelagra- sejenis penyakit yang umum dalam kalangan penduduk yang makanan utama mereka ialah jagung. gejalanya termasuk kulit bersisik, cirit-birit dan meleset.
  • anemia- kekurangan sel darah merah.
  • skurvi- penghidapnya mempunyai gusi yang membengkak dan berdarah. dalam kes yang lebih teruk, pendarahan berlaku di bawah kulit


FAKTA
HATI MERUPAKAN BAHAN YANG BERTOKSID. JADI KURANGKAN LAH MEMAKAN ORGAN BINATANG YANG MEMPUNYAI HATI. HAL INI KERANA, IA AKAN MELEMBABKAN OTAK SESEORANG TERSEBUT.

GARAM MINERAL
  1. garam mineral tidak membekalkan tenaga.
  2. melancarkan fungsi badan seperti ion kalsium diperlukan untuk pengecutan otot serta pembekuan darah di luka.
  3. sesetengah vitamin memainkan peranan dalam metabolisme, iaitu tindak balas dalam sel seperti ion fosfat dan magnesium yang terlibat dalam respirasi sel.

makromineral memerlukan kuantiti yang besar iaitu lebih 100 mg dalam sehari
mikromineral memerlukan kuantiti yang kecil iaitu kurang 20 mg dalam sehari


makromineral kalsium, magnesium, besi, natrium, kalium, klorin
mikromineral iodin, ferum, fluorin, zink, sulfur
contoh-contoh garam mineral dan kelasifikasinya…

PETA MINDA
MIKRO BOLEH DITAFSIRKAN SEBAGAI KECIL,
MANAKALA MAKRO BOLEH DITAFSIRKAN SEBAGAI BESAR…..

4.  bayi memerlukan fosforus yang banyak dan kalsium untuk pertumbuhan tulang dan giginya.
5.  orang tua memerlukan lebih banyak untuk mencegah osteoporosis ( tulang berongga dan mudah patah).
6.  wanita tua memerlukan lebih banyak kalsium berbanding daripada lelaki tua kerana risiko wanita tua menghidap osteoporosis lebih tinggi.
7.  apabila kehilangan darah daripada haid, wanita memerlukan lebih banyak ferum untuk membina sel darah merah.

Comments

  1. terima kasih atas info yg diberi.. saya hargainya.. :)

    ReplyDelete
  2. karbohidrat , lipid takde la pulak :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. alah...x pyh bjt nk bljr sgt..ggl jgk

      Delete
    2. resipi biskut raya ade x/

      Delete
  3. terima kasih la sgt...ni semua poyo...bjt..x bgs..noob...host sohai

    ReplyDelete
    Replies
    1. klaw host sohai..... awt vsit blog ni jgk...... ckp gna akl jgn hentam kromo.....
      :P

      Delete
    2. kalau poyo asal kau baca

      Delete
  4. terima kasih ya,.. usaha awak banyak membantu saya.. saya hargainya..

    ReplyDelete
  5. rumah semi d terbaik area klang d mana yer dgn sport rim jepun saiz 17

    ReplyDelete
  6. boleh saya nk copy utk kerja rumah...tq

    ReplyDelete
  7. thanks bro..ko banyak tlg ak

    ReplyDelete
  8. terima kasih bebanyak yer

    ReplyDelete
  9. terima kasih .mohon untuk copy untuk ulangkaji ye

    ReplyDelete
  10. tumbuhan punya takda ke?

    ReplyDelete
  11. Saya ingun mengucapkan terima kasih .cuma hanya beberapa yg perlu diperbaiki dlm gizi seimbang byk x ada seperti air,pelawas atau serat diet

    ReplyDelete
  12. Terime kasih.

    Nk tnya, fungsi mineral xde ke???

    ReplyDelete
  13. thanks bebyk laaa insyaallah masuk otak x kelua ii dh

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

BAB 3: PERERAKAN BAHAN MERENTASI MEMBRAN PLASMA

BAB 2: STRUKTUR DAN ORGANISASI SEL

BAB 5 PEMBAHAGIAN SEL